^.^

WwW.MuusicC.coM.mY

Thursday, 28 April 2011

SAKSIKAN ! Budi bahasa Dri zaman Hang Tuah bersilat .. Sampailah zaman sekarang ni~huhu

TIGA JENIS PERCAKAPAN.... TIGA JENIS GENERASI....

Bahagian A adalah cara percakapan semasa zaman di raja....
Bahagian B pula zaman sekarang dan...
Bahagian C pula cara perbualan budak2 remaja zaman sekarang...
...
A) Ingin hamba sampaikan bahawa sesungguhnya memadailah dengan hanya menepuk di bahagian anggota tanpa meninggalkan kesan.
B) Saya ingin nasihatkan awak kalau nak pukul, jangan sampai ada bekas
C) Wa cakap sama lu …lu kalau mao kropok dia…lu kropok jangan kasi lebam beb

A) Sungguh mengecewakan peradaban tuan hamba didepan majlis ini.
B) Kurang ajar sungguh awak nie
C) Oi Kakak kao punyer laki ahhh! Kong ajar eh?babir punyer budak!

A) Sesungguhnya hamba masih mengharap balasan kasih dari tuan hamba… akan tetapi, hamba tidak ingin memaksa tuan hamba untuk membuat keputusan.
B) Cinta aku belum lagi berbalas…berilah aku peluang kali ini untuk mengisi ruang hati mu.
C) Beb….wa takmu jiwa-jiwa sama lu…tapi wa suah cintan rabak sama lu…wa takut wa takleh tahan nanti wa terDugong..pls e ahhhhh.

A) Sayugia diingatkan bahawa sesungguhnya tarikh masuknya permulaan bulan syawal ialah esok…dari itu hari ini merupakan hari penggenap Ramadan.
B) Di sini diumumkan bahawa besok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri
C) Oi!!!!!! Besok dah tak payah poser!Yeaaahhooooooo oooooooooo!!!!!!

A) Adalah menjadi harapan hamba sekiranya dapat hamba bersama-sama tuan sekelian ke majlis keramaian itu kelak.
B) Saya ingin bersama-sama anda ke majlis itu…boleh tak?
C) Hoi penyapu! Korang tunggu aku taw…aku pun nak ikot.

A) Barangsiapa yg telah dgn tanpa segan dan silu melakukan sesuatu kemungkaran… maka..atas dirinya akan dibalas kemungkaran.
B) Siapa yg berbuat jahat akan dihukum
C) Sapa yg tunjok terer kat sini aku kompang sampai mati..bedek takde…. jgn memain dgn aku hah.

A) Sungguh menakjubkan kesaktian yg ada atas empunya diri.
B) Dia sungguh hebat sekali
C) Mak kao! Pawer siott!

A) Adalah menjadi kemusykilan bagi diri hamba tentang perkara yg telah diketengahkan
B) Apakah maksud anda?.Boleh tolong jelaskan?
C) Oi! Wat you talking?…say poply hah…

Bahasa mencerminkan bangsa....

No comments:

Post a Comment